Monolog Hati Saya

Monolog Hati Saya

Monday, April 29, 2013

*KERANA DIA ABANG SAYA*

-Surat Untuk Abang Dan Adik-


Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu po
n x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku














Wednesday, April 24, 2013

Bakal-Bakal Fasilitator

Bismillahirrahmanirrahim ...
assalamualaikum Malaysia !!! have a nice day dear ... haiyaa.. sudah lame tak update blog karat gue nie . rase rindu giler sengal lah pulakkk .. tonight nak story sikit sal perjumpaan kami bakal-bakal fasilitator dari Al-Khairiah bersama dengan bakal-bakal Fasilitator dari Abu Bakar School . walawehh ... over sangat nak citer mende gitu-gitu je. memanglah bagi uols semua mende nie bukan masuk buku sejarah ,hahaha .tapi nie semua masuk sejarah dalam blog karat aku . ok lah jangan main main . be serious ain .

 ok ,21 hb april yang lepas kami bakal2 fesi Al-Fairosz Training and Consultancy telah adakan perjumpaan di mcD temerloh bersama-sama dengan pelajar ABS . hah !! mcD weh ... mane tak kagetnye aku .ape kejadahnya bincang kat mcD . dah lah aku boikot giler menatang ni .dana untuk Israel weh ...mane ke nak aku menyumbang .tak pasal aku dapat saham sekali . hahaha .. apepun uols yang ohsem ohsem and cute cute semua , silalah boikot mcD tuh .bkn apenye ,hasil daripada keuntungan tuh ntah2 disalurkan ke israel .tak ke semput nak jawab kat akhirat nanti ?? pikir-pikirkan,selamat beramal !!!


Sebenarnya duk situ tak makan pun mcD , makan air cond je kot .kembung perut 3 jam duk bertapa dalam tu.

selama kiteorang kat dalam tempat yang sesak tu , kiteorang sempatlah berbincang sikit sebanyak tentang training nie . haa !! sampai ade yang bertegang urat kot macam kat dalam parlimen tu .. arghhh... tension serebellum aku .

tapi apepun aku tetap chill jer.hahaha .. malas pulak ambik port disebabkan mate aku mengantuk gile giler waktu kat mcD . So, aku pun ape lagi !! cari ubat hilangkan ngantuk .

 jeng jeng jeng ....snap pic lah. ape lagiiii ...


hahaha ..this is my lovely kak ton ..hehehe ..please jgn marah .jokes only .


ni lah bakal-bakal fasi dari al-khairiah ..


bakal fesi dari ABS okeyh ..

baju putih tu our sifu ...


hahaha ..jenis tak berapa matang memang gitulah jadinya ..pape pun they are still the best ...



and last ...thanks to Sharifah Husna for her camera phone .

P|S : If nak jadi blogger u must ade gadget like lappy , phone sekurang-kurangnya .yang penting line tenet tu jangan semput macam penagih dadah okeh .. k , stop nonsense now . Assalamualaikum. Nite to all .have a nice dream .




Friday, April 19, 2013

SABUN GLUTA KOJIC (3 layers colourfull)



Alala ...mate ni tak mampu tertutup lah pulak .ni semua angkara obses sangat ngan blog karat aku . fuhh !!! over weh ... semua mende kau nak bermonolog sorang-sorang . lahaaiii ... memandangkan mata aku tak mampu terpejam lena lagi , lebih baiklah aku pomote skit satu jenis sabun yang memang sweet giler la colour dye pergh ...macam kuih lapis .memang sedap mkn kuih lapis memalam ni ..

 ok3 ...berbalik kepada sabun n kuih lapis nih , aku nak tunjuk sket gambar cute sabun nie 





kalau korang raserase berminat nak try sabun nih, bolehlah try cari kat page sabun nie . ala ...google je . tuptup keluarlah perkara-perkara yang berkaitan dengan sabun ni . Got it k ..

DEMAM PRU13








Haiyaaa ..politik pulak cerita aku malam ni . Almaklumlah tak lame nanti nak mengundi dah . Of coz la manyak story politik di mana-mana website termaksudlah blog karatt aku nih . .. Haaa ...cite bab2 mengundi ni , teringin pulak aku nak story pasal bendera-bendera parti yang kat merata-rata tempat ada .selagi ade tempat nak pacak , selagi tu lah duk pacak .Sampai ke tiang lampu kedai makan kakak aku pun dyorang kebas . aiyaaa... main tipu lah .. tak tahu lah parti mane yang amek . pape pun aku halalkan jelah. ok ok .cool down ,sambung semula topik kite .. Biasanye bendera PAS ngan UMNO lah duk berderet je  kat sepanjang jalan . Pape pun tahniah lah kat setiap parti yang bertanding . Moga yang memimpin negara kita ni adalah pemimpin yang adil untuk rakyat dan Islam . Allahu Akbar .



Hahaha ...kenal tak bendera parti mane ni ? habis kete buruk orang hang pi lilit .. jadilah kete politik berhias .kelas kau jahhh ...

iols  ingat nanti nak undi _______ . korang pulak ?
undi adalah rahsia !!! ecceh . rahsia uolsss ...iols bukan kaki politik ...



1 SYAHADAH !!!


1 MALAYSIA !!!



OK , iols undi Kak Ton je . XD



KEJUTAN LAMAN SOSIAL

ASSALAMUALAIKUM ...HAI HAI , BYE BYE ...

OK SAMPAI SINI JER ENTRY Iols .. heee .. ok ,gurau jer .

K, now kite nak citer pasal KEJUTAN MEDIA !!! auwwww.... terkejut mak ...
hahaha ...gedik lah aku menjerit gituh ..

Haaaa.... pada zaman yang serba moden and serba canggih ni macam-macam dah ada kan ?? daripada laman Friendster , Myspace, Facebook , Twitter , Blog ,Vlog, Instagram and now terbaru lah sangat ni Weechat. baru lah kot .Iols ni kuno sket . dengan wujudnya laman-laman rumah mcm ni makin menambahkan lagi bilangan user di seluruh dunia .
and semakin ramai lah user dikalangan pelajar sekolah , remaja-remaja . hurm... warga emas mungkin ade but a little lah uols .

And now motif utama nak citer sebenarnya about GANGNAM STYLE , HARLEM SHAKE and the latest GWIYOMI ... haiyaaaa ...macam2 lah dunia ni kan .

Why haaa orang melayu begitu taksub sangat dengan mende2 alah macam nie ... err ..termasuklah iols ..why oh why ?? tolong habaq kat kak ton sekarang ... (sori ,kak ton kacau line jap) Sungguh besar pengaruh korea kan ??

GANGNAM STYLE




HARLEM SHAKE





GWIYOMI






OH KOREAN !!!

*Pesanan untuk Muslimah*


Bismillahirrahmanirrahim ...

Untukmu Muslimah ...
Aku tak ingin kau terus terlena dalam buaian dunia ...
apatah lagi hanyut pada keindahan fatamorgana ...
Lalu aku titipkan pada mu satu pesanan yang diharapkan engkau tidak lagi terus terleka dengan khayalan mu sendiri .





Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:
ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

*Gambar sekadar hiasan*


Wallahu A'lam .

*Kita kawan Bukan Sehari Tapi Selamanya~

Assalamualaikum ...

Walaweh ..tajuk entry ala ala mak Joyah pulak .. hari ni tergerak dihati SNA nak menulis mengenai 'SAHABAT' . Apa agaknya yang korang faham mengenai sahabat ?? adakah korang rasa sahabat tu hanyalah connecting time senang ? atau mungkin just kawan-kawan je . tak lebih daripada tu ?

  Ok lah ,bagi Iols , kawan ni merupakan satu connected penting dalam our life . macam wifi , Unifi ,Broadband and others connected.Maybe bluetooth also . They must always be with us . and yang paling important sekali kawan mestilah faham perasaan kawan .tak kiralah time kita sedih

    


happy ,susah, senang . tulah yang dinamakan 'TRUE FRIENDS' . right ??


Walau bagaimanapun ,tak mudah kita nak mencari sahabat yang benar-benar sejati . yang sentiasa ada tak kira waktu . and then yang jujur ,ikhlas bersahabat . 

Iols sangatsangat rindukan sahabat sejati Iols ... Ainol Fatihah Muhammad Anuar aka Enol . rindu sungguh nak jumpa ainol . 

Arghhhh !!! rindunya dekat makcik nie .... :(


YA ALLAH , yang tuhanku ... sampaikanlah salam rindu ku padanya Ainol Fatihah .

Bagi Iols enol seorang SRIKANDI ISLAM yang sangat tabah dalam dakwahnya . And sangat commited terhadap tugasnya sebagi seorang HAMBA ALLAH . Dia lah askar kecil Allah !! menegakkan agama Islam adalah main point dalam hidup enol .


She is very awesome muslimah . :)

In other side , she is always support me . Tak pernah pun sekali enol give down semangat sahabatnya, ain . Bahkan dia selalu nasihatkan sahabat dia yang degil ni supaya sentiasa kembali pada Allah . and be change .
Alhamdulillah berkat daripada kasih sayang daripada seorang sahabat yang benar-benar tulus , Ain bukan Ain yang dulu lagi . 

Ain dah boleh berdikari walaupun ainol tak ada di sisi . dan Ain sentiasa ingat pesanan Ainol .

{Allah tak akan pernah tinggalkan hambanya selagi mana hambanya tidak meninggalkannya}
{Awak , hari ini pasti akan berlalu}
{Saya sayang awak kerana allah . Uhibbuki Fillah}


Dan jika Ainol Fatihah membaca sedikit coretan nie , Ain nak Ainol tahu yang ainol adalah sahabat Ain selamanya , SAHABAT SYURGA !! 


"KITA KAWAN BUKAN SEHARI TAPI SELAMANYA"

~ AIN-OL ~


 Dulu saya sering tinggalkan awak , tapi sekarang saya akan sentiasa berada bersama awak .

*AIN SAYANG AINOL KERANA ALLAH*

Thursday, April 18, 2013

Bertudung Untuk berlawa @ Menutup aurat ?

Assalamualaikum  ... 

Berikutan entry seterusnya iols nak share dengan uols semua berkaitan dengan fesyen muslimah yang terkini. Kalau dah namanya muslimah of coz lah pakaian yang dipakai daripada dress nya hinggalah kepada tudung nya menepati syarat menutup aurat . but, problem nya sekarang ,ramai dikalangan kaum wanita sendiri dress up mereka tidak mengikut tuntutan syariat yang dah ditetapkan . Iols pun pernah terpikir jugak ,apa mungkin kita sekarang yang berada di zaman moden ini akan kembali semula ke zaman batu ? zaman 60 an doludolu ?

ape yang korang rase bila melihat gambar di atas ? lawo ke ?

Berlawa tak salah , yang salah nya cara wanita itu sendiri memperagakan pakaian mereka yang seolah-olah menjatuhkan maruah kaum wanita itu sendiri . err .. tak rasa bersalah ke merendah-rendahkan maruah sendiri ?enanginya." Setelah Asma' beredar,maka Rasulullah Saw datang kembali untuk berjumpa dengan Aisyah.Maka Aisyah 
Hadis di atas jelas menunjukkan betapa rasulullah SAW amat menitik beratkan mengenai pemakaian wanita. Jadi mengapa ramai di kalangan kita masih menafikan lagi tuntutan ini .masih ramai kot yang cakap tak sampai seru lagi .alahai ... seru tu dah berpuluh-puluh ribu tahun dahulu dah wujud . kalau tak caye , mung gi belek dalam kitab al-quran . tok soh jadi ustazah senget lah buat fatwa sendiri . ok...jangan marah . nasihat je tu .



 *Setiap manusia pasti diberi kesempatan oleh Allah untuk berubah . Jangan kata dah terlambat . sebab Allah tak pernah kira berapa lama untuk kita berubah . Allah kan sweet :)





lawa sangat kan bila bertudung ?? tapi make sure melebihi dada . ikut syariat lah uols .


hok ni lagi lah molek mek weh ... come lote kawe oyak ... XD

Kau tengok jemah , kuntilanak pun reti tutup aurat , cuma rambut jer serabut ...

ok lah , sampai disini saje coretan kak ton untuk korang sume yer ... err.. bile mase pulak kak ton kacau line ni .. >__<  layan jela kak ton :P


~Surat Buat Anakku~

Bismillahirrahmanirrahim ... Assalamualaikum and salam 1 syahadah .

Alhamdulillah masih bernafas lagi kita di dunia nie ye. Sungguh mulia zat yang menciptakan hambanya dengan sebaik-baik kejadian . subhanallah !!

Pasti anda anda anda semua dah bace title entry SNA kan ? Ok la hari nie iols nak berkongsi sedikit perkongsian . SURAT BUAT ANAKKU . samesame kita hayati kata-kata dari seorang ibu dan seorang ayah yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya .


Dengan nama Allah S.W.T


Kehadapan anakku

Bacalah dengan teliti. Apabila kami sudah tua, kami berharap engkau akan memahami dan akan bersabar dengan kami. Jika kami ada buat silap, kami harap engkau tidak akan mengherdik kami. Orang tua sememangnya lebih mudah berasa hati, kasihanilah kami seperti engkau mengasihani diri engkau sendiri. Apabila pandangan kami semakin kabur, pendengaran kami semakin terjejas, dan kami tak dapat melihat gerak bibirmu dan tak dapat mendengar kata-katamu, maka janganlah panggil "pekak orang tua ni...", tolonglah ulang kata-katamu kerana kami semakin tua. Mungkin engkau akan faham kelak.



Apabila kaki dan lutut kami semakin lemah, kami harap engkau punyai kesabaran untk membantu kami berdiri sepertimana kami membantumu semasa engkau masih kecil, ketika itu engkau tengah bersemangat belajar berjalan. Bersabarlah dengan kami, bila kami asyik mengulangi cakap yang sama. Kami berharap engkau terus usaha mendengar kata-kata kami. Jangan mempersendakan kami atau jemu mendengar kata-kata kami. Jika engkau masih ingat ketika kecil dan mahukan sesuatu, engkau asyik mengulangi kehendakmu sehingga beroleh apa yang engkau inginkan. Kami harapkan kesabaran yang sama darimu. Apabila kami sering marah dan merajuk, semuanya kerana kami semakin tua. Mungkin engkau akan faham kelak.

Wahai anakku

Andaikan engkau miliki masa terluang, kami berharap agar dapat kita bersembang walaupun seketika. Kami selalunya bersendirian sahaja tanpa ada teman untuk bicara. Kami tahu engkau sibuk dengan kerja dan belajar. Walaupun engkau tidak berminat dengan cerita kami, tapi tolonglah luangkan sedikit masamu untuk kami seperi suatu masa dulu kami mendengar semua cerita-cerita mu tanpa jemu.





***HARGAI LAH IBU BAPA ANDA SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA .


Ma SNA dunia akhirat . I love u so much ..

Arwah abah ... miss him too much .


Siapa Kak Ton ? Kak Ton memang comel !!!

                                                    KAK TON ke ni ?? 


Bismillahirrahmanirrahim .... Assalamualaikum to all my reading lover .

Hai Hai ... >__< winkwink .ape habaq sume ? sihat ? dah makan ? ok kalau semuanya dah bolehlah bace entri SNA hari ini . haaaa ... uols semua kenal tak kak ton ? alahai ,macam mane tak boleh kenal ni ?? punyelah kak ton selalu keluar tv3 Wanita Hari Ini, 12.45 tengah hari ... haiyaa ..spoil betol lah kalau uols tak kenal . Ok3 lah . SNA akan bagitaw sape tu kak ton kepada yang masih belum mengenali wanita nie . hehehe ... femes tu weh .iklan pun dye ade keluar . I like her .... XD

Korang nak bukti ke yang kak ton ni memang wujud ?? ok lah iols tunjuk ye buktinye .

                           Zaiton Hassan ----> nama betol tuh . call me Kak Ton.

sebenarnye uols , kak ton ni femes disebabkan produknya yang semakin dikenali ramai di pasaran . ala..produk Beauty Umaira tu . ce pakai sekali .... pergh ... konfom korang nak beli lagi . (rase-rasenyer lah)


                                      Produk Beauty Umaira untuk kaum wanita

                                        Produk Beuty Umaira untuk kaum lelaki
Kepada sape-sape yang berminat untuk cuba produk kak ton bolehlah menonton tv3 setiap hari selasa and jumaat . hari lain tak ade taw .esklusif 2 hari tu je . 12.45 tengah hari .tunggu kak ton sampai habis rancangan  k.

apepun gud luck kepada Kak Ton . semoge usaha beliau dalam bisnes berjalan dengan lancar . Amiiin...
samesame doakan kak ton .

hehehe ....iklan kak ton sekejap . Comel tak KAK TON ?? COMEl KAK TON !!!!!!









Wednesday, April 17, 2013

Al-Fairosz Training & Consultancy (Kem Bina Jati diri)

Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum  ...

dengan lafaz yang mulia SNA memulakan bicara . alhamdulillah ,malam nie dapat lagi update blog ke 3 . dah bace title ? ok ,nilah sedikit informasi yang SNA nak kongsikan sedikit sebanyak dengan uols semua. bace taw sampai habis .mane taw ade sape-sape yang berminat nak menyertai . Memandangkan cuti sekolah dah tak lame lagi ,ececeh .... cuti je kau ingat ye . Bila nak pandai gini ?? alahai suke sangat mok membebel .biaselah ..untuk kesenangan anak-anak beliau jugak kan ... Ok , berbalik semuala pada tajuk utama kite , cuti sekolah 2 minggu nie mesti ramai adik-adik,anak-anak,cucu-cucu,cicit-cicit kat rumah kan ? kebiasaannya habis riuh lah satu rumah .Mak ayah pulak mesti pening kepala dengan anak-anak ..

  Disini SNA nak cadangkan ibu bapa yang diluar sana tu untuk menghantar anak-anak tuan tuan ,puan puan ke kem bina jati diri . lebih kurang gitulah kem nya . tak rugi hantar anak-anak kesana .banyak faedahnya . Antaranya :

*Mengisi masa lapang yang memang sangat2 lapang .
*Membina jati diri anak-anak yang kebiasaanya tak suka dengan aktiviti lasak . hahaha .macam SNA lah .lembik macam kodok .      
*Mengajar anak-anak untuk berkenalan dengan dunia luar .
*yang paling specialnya , dyorang boleh berseronok ,happy-happy sambil belajar . bak kata orang belajar       dari pengalaman .
*and then disamping sebab-sebab lain,anak-anak pun boleh menghilangkan boring dirumah dan mengelakkan diri daripada membazir waktu dengan melepak dan bersosial .

Banyak lagi benefit nya adik-adik ku sayang ...

Ok ,kat bawah ni link page Al-Fairosz Training & Consultancy (FB)
https://www.facebook.com/groups/506135962750814/?fref=ts
*Klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas k .

kalau nak terus ke FB beliau pun boleh jugak
https://www.facebook.com/alfairoszfais

and then ,nie adalah antara aktiviti yang ade kat sane uols ..

ANTARA AKTIVITI YANG DITAWARKAN DALAM KEM NANTI

AKTIVITI HUTAN :
RENTAS HALANGAN.
JUNGLE TRACKING.
SURVIVAL.

AKTIVITI MALAM :
NIGHT WALK.
SPIDER AT NIGHT.
SOLO DROP.
BURUNG HANTU.
BBQ.
MALAM KEBUDAYAAN.
FIRE CAMP

AKTIVITI LASAK :
FLYING FOX.
WALL CLIMBING.
ABSEILING DAN REPELLING.
PAINTBALL.

AKTIVITI AIR :
SUKAN AIR.
RIVER CROSSING.
WATER BOM.
RIVER CHALLENGING.
BERAKIT.
BERKAYAK.



Kepada yang berminat boleh lah daftar cepat-cepat taw . or IM je Al-Fairosz Training & Consultancy .


Kol terus pun no hal lah . :)

Antara cara-cara nak buat pembayaran .

1) SILA SERAHKAN BORANG PENYERTAAN & SLIP PEMBAYARAN PADA HARI PENDAFTARAN.
2) PENDAFTARAN PADA HARI PERTAMA KEM JAM 9:00 PAGI BERTEMPAT DI KAWASAN LETAK KERETA TOL TEMERLOH.
3) PENGANGKUTAN DISEDIAKAN DARI TOL TEMERLOH KE LOKASI KEM.
4) IBU BAPA / PENJAGA WAJIB HADIR DI LOKASI KEM SEBELUM JAM 2.00 PETANG PADA HARI KETIGA KEM UNTUK MODUL “KASIH DIRAYU SAYANG DIPADU” DAN PENUTUP.


Ok my lovely readers , jangan lepaskan peluang , masih ada waktu untuk anak-anak anda mendaftar .XD

Sekian dari SNA . Wassalam .

Salam 1 ummah , 1 Syahadah .



P/S : Comel pulak bakal anak aku nie ...muahahaha


~Most Alhamdulillah~

Bismillahirrahmanirrahim ...
Assalamualaikum ...

syukur Alhamdulillah ... Finally terbina juga impian aku untuk berblog . cewah ...impian lah sangat .Setelah berminggu-minggu aku mengabaikan masa depan aku sementara semata-mata nak berblog sehingga terase pecahnya medulla oblongata aku ,akhirnya berjaya jugak aku me'make up' kan blog aku yang memang tak seberape ni . fuhh... lega .. semuanye ni berkat pertolongan beberapa blogger yang tak berape femes ni but sangat bijak dalam mende macam nie . wink3 >__< jangan marah ...nanti kena jual ;P

  First and foremost sekali , berkalung-kalung terimakasih untuk si blogger hot khairiah , Ustaz Boba aka anak ayah emran . baginda baik orangnye . sanggup menolong aku tak kira ribut,petir mahupun taufan .. heee .. k tipu je . {http://www.ustazwannabe.blogspot.com/}
 
 Second , thanks also to my dear bucuk masam , Puan Aira {http://aisyahrazizanaira.blogspot.com/2012/12/aku-menaip.html#links} I lap u jijang dear ...muah99 :*

And last ,  Tiha Zaini, ratu catwalk khairiah yang sangat lawo orang nye .. {http://crystallizedcandy.blogspot.com/

Ape lagi , bolehlah sapesape disini yang rase-rase nak stalk blog orang-orang tue ni dipersilakan lah dengan sepenuh penghormatan ... at there macam-macam informasi dunia akhirat yang korang boleh dapat . erk ?? rasenyer ade lah kot informasi tu .kalau tak ade silalah marah dyorang ... heee .k ,gurau jer .

Ok la readers sekalian , sampai disini saje SNA menaip untuk anda anda anda semua . wassalam ...
Salam 1 Ummah , 1 syahadah . :P 


 

Tuesday, April 16, 2013

Assalamualaikum Cinta :)



Assalamualaikum all readers ...

ececeh ...macam ramai jer readers aku nih ...hahaha ok , be serious . first sekali ni adalah blog gue yang tah keberape kali dah buat . sebabnye da 3 kali buat blog tp still tak jadi-jadi ...puncanye tak jumpe layout untuk design blog je . tu pun nak kecoh .habis semua orang jadi mangsa pertanyaan aku . hahaha .. terutama SI BOBA tu lah .padan muke dye kena ajar aku make up blog sampai lawo .. tujuan berblog ni bukanlah nak hot sangat-sangat . just suke-suke je nengok akak-akak blogger yang dah femes tu berblog . jelly iols u know . antara blogger-blogger yang memang aku stalk gler habis-habisan ialah first, blogger cantik lagi ayu Fatin Liyana ...ala..yang bakal doktor tu ...fulamak ..ohsem giler FL .hari-hari duk stalk fb ,blog dye sampai jemu ...


Tu lah yang duk menaikkan semangat nak berblog ni ..alahai memandangkan umur dah separuh abad ,ape salahnye kite duk berblog sekali sekala . kelas kau kak ton ... glurps .KAK TON ? kak ton memang comel ..hehehe . ok lah uols , mende merepek pun tak taw dah ni . pape pun doakan lah saye sentiasa mengupdate status blog yang bermanfaat sentiasa ... Amin ....