"Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian"
"Bersakit-sakit-sakit dahulu, Bersembuh-sembuh kemudian"
Holla..holla ..Assalamualaikum. Salam 1 sayahadah !! not 1 malaysia okay .kita follow Tuk Guru Nik Aziz yer, Ulama pewaris Islam . Hari ini SNA berbesar hati la nak kupas sedikit mengenai apa yang SNA dah tulis kat atas tuh . ni bukan lirik lagu laa .. apatah lagi sajak .tapi ia adalah peribahasa okay sayang sayang semua . sangatt fokus si pembaca blog SNA ni . nanti kita iftar samasama ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi okeh ??
Straight to the point la kan ... kamu kamu semua faham tak peribahasa kat atas nie ? peribahasa kat atas nie sangat sangat bersesuain dengan keadaan SNA yang tengah kucar kacir sekarang .haiyaaa ...sangatlah tidak senang dengan kekusutan hidup ni. boleh trauma bila terlampau difikirkan .
Namun begitu setiap kesusahan pasti akan ada jalan keluarnya . Betol kan ? Uols yang disayangi semua, dalam kita duk mengejar kesenangan nie jangan lupa taw kita dah melalui kesusahan yang akan buat kita rasa benda tu satu kenangan yang sangat berharga .lebih berharga dari harta benda.
Fuhhh ... sekarang bila dah jadi budak stam yang setaraf dengan diploma ni kadang-kadang rasa stress sangat berpanjangan .nak nak lagi time malas, time asyik duk berfesbuk,berblog sakan .memang lah letih bila ingat balik.menyesal pun ada bila tak guna waktu dengan sebaiknya .Assignment ? hahaha standard sangat bahasa tu .kira kerja kursus lah sangat menimbun .kejang tangan duk menaipnya . Periksa ?banyak weh nak hafal.Jem seketika otak .tapi Inshaa Allah, Allah permudahkan . tapi semua tu kalau asyik dikenang tak guna jugak kalau diri sendiri tu tak nak usaha . heyyy !! ain ni reti ceramah orang je . diri sendiri pun tingtong .. hehehe .. kata fesilitator. kenalah pandai catch-up dengan orang .
yang nie saje print sebagai contoh untuk seorang sahabat :D
Okay , berbalik pada peribahasa tadi, SNA nak nasihatkan sedikit pada sesiapa yang membaca blog ini bahawa setiap apa yang kita usahakan sudah pasti akan ada pahit manisnya .. haaa ..barulah sweet peluk kejayaan . tak gitu uolsss ...?
ingat ya, waktu ada peluang nak belajar ni belajarlah sampai terkeluar otak ..hehe (ok.gurau je) sedangkan Rasulullah S.A.W pun pernah bersabda, "Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad" .
tapi akhirat jangan lupa jugak .. biarlah sesibuk mana sekalipun kehidupan seharian kita, solat jangan tinggal . dunia jangan dikejar-kejar . ambillah dari dunia tu sekadar yang cukup sahaja .
Ingat tu !!!
Sekian coretaan pahit SNA ... =.=
Kami student STAM .Kecuali si tudung kuning ;)