Alhamdulillah masih bernafas lagi kita di dunia nie ye. Sungguh mulia zat yang menciptakan hambanya dengan sebaik-baik kejadian . subhanallah !!
Pasti anda anda anda semua dah bace title entry SNA kan ? Ok la hari nie iols nak berkongsi sedikit perkongsian . SURAT BUAT ANAKKU . samesame kita hayati kata-kata dari seorang ibu dan seorang ayah yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya .
Dengan nama Allah S.W.T
Kehadapan anakku
Bacalah dengan teliti. Apabila kami sudah tua, kami berharap engkau akan memahami dan akan bersabar dengan kami. Jika kami ada buat silap, kami harap engkau tidak akan mengherdik kami. Orang tua sememangnya lebih mudah berasa hati, kasihanilah kami seperti engkau mengasihani diri engkau sendiri. Apabila pandangan kami semakin kabur, pendengaran kami semakin terjejas, dan kami tak dapat melihat gerak bibirmu dan tak dapat mendengar kata-katamu, maka janganlah panggil "pekak orang tua ni...", tolonglah ulang kata-katamu kerana kami semakin tua. Mungkin engkau akan faham kelak.
Apabila kaki dan lutut kami semakin lemah, kami harap engkau punyai kesabaran untk membantu kami berdiri sepertimana kami membantumu semasa engkau masih kecil, ketika itu engkau tengah bersemangat belajar berjalan. Bersabarlah dengan kami, bila kami asyik mengulangi cakap yang sama. Kami berharap engkau terus usaha mendengar kata-kata kami. Jangan mempersendakan kami atau jemu mendengar kata-kata kami. Jika engkau masih ingat ketika kecil dan mahukan sesuatu, engkau asyik mengulangi kehendakmu sehingga beroleh apa yang engkau inginkan. Kami harapkan kesabaran yang sama darimu. Apabila kami sering marah dan merajuk, semuanya kerana kami semakin tua. Mungkin engkau akan faham kelak.
Wahai anakku
Andaikan engkau miliki masa terluang, kami berharap agar dapat kita bersembang walaupun seketika. Kami selalunya bersendirian sahaja tanpa ada teman untuk bicara. Kami tahu engkau sibuk dengan kerja dan belajar. Walaupun engkau tidak berminat dengan cerita kami, tapi tolonglah luangkan sedikit masamu untuk kami seperi suatu masa dulu kami mendengar semua cerita-cerita mu tanpa jemu.
No comments:
Post a Comment